14 June 2010

secebis hatiku.........

15 jun 2010
Apa yang telah berlaku pada diriku? Kini aku mulai terasa kesunyiaan.. aku masih lagi mencari-cari dimanakan cinta sejati aku... terkadang aku teringin kembali kenangan lalu..kisah cintaku yang belum pasti. Mengapa aku mesti membuat kesilapan semasa perhubungan yang dulu.. aku masih belum mengenal erti cinta pada waktu itu.. merasakan cinta lalu menjadikan diri aku bodoh dan alpa... apa yang aku ada kini? Hanya kehancuran pada diri aku...andai masa dapat diputar kembali, aku berharap tidak akan perlu menemui cinta dulu...
Kini, aku masih dibayangi cinta lalu. Ku amat harapkan memori itu umpama sebuah file yang boleh didelete hanya dengan menekan satu butang klik. Ibarat memadam file didalam komputer.. tapi aku xmampu.. salahkah aku??? Tidak pernah aku meminta begini.. atas keperitan masa lalu aku menjadi begini.. ku harapkan aku akan menemui sinar baru dalam hidupku......

11 May 2010

The Fabulous Cats - Cinta Kosmik (HD)






Cinta kosmikmu yang membara
Cinta kosmikmu yang menyala
Cinta kosmikmu yang kau bawa
Cinta kosmikmu

Lakaran topeng cinta kau sarungkan untukku
Duniaku mula berubah satu demi persatu

Chorus
Kau kan ku angkatmu
Kau cinta kosmikku
Bersatu dalam ritma atmosferaku
Tunjukkan aku cinta kosmikmu
Merentasi semesta awan nan biru
Awan nan biru
Dah kulayarkan terbang dalam khayalan (2 kali)
Kan ku selongkar peti emas cinta yang kau berikan padaku
Ku nakhodakan armada sutera penghias awanmu

Ulang Chorus

Ku bentangkan permaidani kaca untuk kau titi ke hatiku
Ku tuliskan syair-syair cinta untuk kau lagukan untukku
Ku binakan istana air yang sebening embun
Ku hadiahkan obor-obor cinta peneman malammu

(Rap)
Segala deria
Fenomena
Bila tersentuh
Naluri runtuh
Nyalakan chi lagaan kornea
Nyawa memesong rongga-rongga longgar
Pujangga sutradara manual
Kosmikal cinta spiritual
Hadirmu tak perlu dikomen
Sedikit pun tak ubah halamu
Penjuru bucu bertemukan kaku
Cinta kosmikmu yang membara
Cinta kosmikmu yang menyala
Cinta kosmikmu yang kau bawa
Cinta kosmikmu

04 May 2010

karaoke oh karaoke......

kisah terjadi apabila dua orang perempuan yang ingin pergi menyanyi..
macam biasa la, karaoke di Square One memang sentiasa penuh..
rose mendekati kaunter " bang, lambat lagi ker? "
abang yang kat kaunter tu dengan muka yang slamber dan agak berlagak menjawab " lagi 20 minit la dik, no Booking!"
rose pun pergi mendekati pingu " lambat lagi la, bro tu kata lagi 20 minit, amacam? nak tunggu tak? "
dengan muka yang agak slamber pingu pun jawab " tunggu la kalau rajin "

jam hampir menunjukkan pukul 9.25 mlm, sebentar lagi shopping complex ni akan tutup. maka mereka berdua ni pun menunggu gilirannya...
hampir pkul 10 malam baru lah sampai giliran mereka untuk menyanyi, maka keduanya pun terus masuk kedalam bilik yang telah ditentukan. apa lagi mereka berdua ni pun menyanyi bukan main lagi, ala-ala siti nurhaliza, ala-ala rossa..semuanya ada..leka punya menyanyi sampai cukup masa hampir sejam..maka tamatlah waktu untuk mereka menyanyi..jam sudah menunjukkan pukul 10.45 mlm..shopping complex dah banyak yang tutup... nak turun escalator pun dah kena sekat.. nak cari lif pun dah xberfungsi..

maka mereka berdua ni terjumpa tangga...dengan rasa confident keduanya pun turun sehingga tingkat bawah sekali...
pingu " alamak, pintu kunci la"
rose " eh, pintu sebelah ni xkunci la... jom la" keluarlah mereka berdua. tetapi mereka berdua ni berasa amat pelik kerana kesemua pintu telah ditutup..kedengaran di suatu sudut, pintu yang hampir tertutup...maka pingu menjerit " rose..cepat pintu dah nak tutup ni "
agak kelam kebut mereka berdua ni berlari..melakukan gaya stunt yang xterlatih untuk menyorotkan diri keluar dari pintu yang hampir tertutup, mak terdengarlah satu suara lelaki yang agak kuat..
" hey, korang berdua ni dari mana?" apa lagi kesemua mamat-mamat yang perasan macho kat tempat karaoke tu melihat kebawah untuk mengetahui apa yang berlaku. maka dengan tanpa rasa bersalahnya rose menjawab " kami nak keluar la"

pak cik guard tu dengan suara yang tinggi menjawab..." keluar lalu sana, bukan belah sana"..maka tanpa rasa malu dan bersalahnya, kedua-duanya berjalan dengan selamber untuk keluar dari shopping complex tersebut..apabila berada didalam kereta..malunya tak terkata.....

moralnye : jangan berkaraoke sampai shopping complex tutup...nasib xterkunci dua-dua orang dalam shopping complex...

03 May 2010

baju cinta nenek....

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”