04 May 2010

karaoke oh karaoke......

kisah terjadi apabila dua orang perempuan yang ingin pergi menyanyi..
macam biasa la, karaoke di Square One memang sentiasa penuh..
rose mendekati kaunter " bang, lambat lagi ker? "
abang yang kat kaunter tu dengan muka yang slamber dan agak berlagak menjawab " lagi 20 minit la dik, no Booking!"
rose pun pergi mendekati pingu " lambat lagi la, bro tu kata lagi 20 minit, amacam? nak tunggu tak? "
dengan muka yang agak slamber pingu pun jawab " tunggu la kalau rajin "

jam hampir menunjukkan pukul 9.25 mlm, sebentar lagi shopping complex ni akan tutup. maka mereka berdua ni pun menunggu gilirannya...
hampir pkul 10 malam baru lah sampai giliran mereka untuk menyanyi, maka keduanya pun terus masuk kedalam bilik yang telah ditentukan. apa lagi mereka berdua ni pun menyanyi bukan main lagi, ala-ala siti nurhaliza, ala-ala rossa..semuanya ada..leka punya menyanyi sampai cukup masa hampir sejam..maka tamatlah waktu untuk mereka menyanyi..jam sudah menunjukkan pukul 10.45 mlm..shopping complex dah banyak yang tutup... nak turun escalator pun dah kena sekat.. nak cari lif pun dah xberfungsi..

maka mereka berdua ni terjumpa tangga...dengan rasa confident keduanya pun turun sehingga tingkat bawah sekali...
pingu " alamak, pintu kunci la"
rose " eh, pintu sebelah ni xkunci la... jom la" keluarlah mereka berdua. tetapi mereka berdua ni berasa amat pelik kerana kesemua pintu telah ditutup..kedengaran di suatu sudut, pintu yang hampir tertutup...maka pingu menjerit " rose..cepat pintu dah nak tutup ni "
agak kelam kebut mereka berdua ni berlari..melakukan gaya stunt yang xterlatih untuk menyorotkan diri keluar dari pintu yang hampir tertutup, mak terdengarlah satu suara lelaki yang agak kuat..
" hey, korang berdua ni dari mana?" apa lagi kesemua mamat-mamat yang perasan macho kat tempat karaoke tu melihat kebawah untuk mengetahui apa yang berlaku. maka dengan tanpa rasa bersalahnya rose menjawab " kami nak keluar la"

pak cik guard tu dengan suara yang tinggi menjawab..." keluar lalu sana, bukan belah sana"..maka tanpa rasa malu dan bersalahnya, kedua-duanya berjalan dengan selamber untuk keluar dari shopping complex tersebut..apabila berada didalam kereta..malunya tak terkata.....

moralnye : jangan berkaraoke sampai shopping complex tutup...nasib xterkunci dua-dua orang dalam shopping complex...

2 comments:

  1. haha tula akibatnyer x reti dok diam..nasib baik si kelkatu x baca ni klu x kna mrh aku..huhu

    ReplyDelete